MUTIARA KATA

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya
Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus - Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut/staf/anak buah. Kata mutiara ini sama dengan “a good leader comes from a good follower” (Pemimpin yang bijak lahir dari pengikut yang setia)
Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.
Anda tidak selalu dapat mengubah orang lain, tetapi anda dapat mengubah bagaimana anda menanggapi mereka.
Humor tidak hanya berguna bagi orang yang menggunakannya tetapi juga untuk menyenangkan orang lain.
Ukurlah kemampuan diri, kerana makan berlebih akan muntah, dan memikul melebihi kekuatan akan patah
To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart - Untuk mengatasi diri anda gunakan kepala anda, untuk mengatasi orang lain gunakan hati anda (Donald Laird)
Orang yang mengetahui dirinya telah berdusta, dia tidak akan percaya kepada orang yang jujur. ( Alexander dari Aphrodisias )
Jangan menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Many people have ideas on how others should change; few people have ideas on how they themselves should change.~ L eo Tolstoy ~
To be able to lead others, a man must be willing to go forward alone.~ H arry Truman ~
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."
You will be judged on the basis of what you are, not what you say you are. Mohd. Salleh Ismail
Disiplin yang baik terbentuk dari sikap yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada pemimpin dan teladan yang baik. Tun Abdul Razak Hussin
Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab atas perkara yg dipimpin (Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment