Pelajar Blh Bawa Handphone

Satu lagi tranformasi oleh KPM apabila mulai 2013, pelajar-pelajar telah dibenarkan membawa IT gajet dan hp. Petikan daripada Timbalan Menteri Pendidikan...
“Pelajar akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit dan IT gajet ke sekolah mulai tahun depan selepas undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda” – Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong
Biarpun dikatakan mengikut perkembangan semasa dan kemajuan teknologi, tetapi keputusan ini lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Kita dulu maza zaman sekolah, tidak disogokan dengan pelbagai keistimewaan malah amat terikat dengan disiplin dan peraturan, tetapi anak-anak zaman sekarang sangat dimanjakan dan ibu bapa terlalu menurut permintaan anak-anak, lantas permintaan mereka agar pelajar-pelajar dibenarkan membawa hp telah dibenarkan.

No comments:

Post a Comment