Kek Buah Kukus

KEK BUAH KUKUS
*Rubiah Ruby*
bahan2
225gm mentega-jenama SCS
340gm gula pasir
50gm ari panas
500gm mixed fruits
3biji telur-A
1sdt cream of tarta*
2sdt s/bikarbonat*
350gm tepung gandum*
1sdt serbuk buah pala*
1sdt esen vanila

masak gula pasir hingga perang,masukkn air panas
masukkn mentega, biarkn cair
masukkn pula mixed fruits dn biarkn mendidih seketika
ketepikan
ayak semua bhn bertanda, masukkn ke dalam air gula tadi
sedikit2 dn gaul dgn senduk kayu hingga rata dn sebati
pukul telur sebentar-guna mixer/garfu
tuang ke dalam adunan tadi dn kacau hingga betul2 sebati
dgn menggunakn senduk kayu

masukkn adunan ke dalam loyang segi empat
tutup dgn aluminium foil

*panask air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus

kukus selama 4 jam
2 jam pertama, api sederhana dn 2 jam terakhir 
api kecil je
klau tmbah air kukusan guna air panas
bila kek dh masak, buka penutup kukusan dn biarkn kek dlm pengukus dulu hingga sejuk
jika terus di angkat buah akn turun
dh sejuk, bolehlh keluarkn
lebih elok jika di biarkn semalaman di bawah tudung saji

lebih sedap di makan selepas 2 hari.

No comments:

Post a Comment