Sakit itu Kifarah Dosa

Tahu tak kawan-kawan, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :
Dipetik dari blog http://sweetyhidupindah.blogspot.com/2013/03/sakit-itu-kifarah-dosa.html?m=1
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat,
Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Sesungguhnya setiap kesakitan itu
adalah kifarah dosa. Kifarah tu apa..???
"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian
Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait,
tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada')
Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah,
maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. Jelas di sini membuktikan bahawa
ada di antara penuyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak
akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan
sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);
dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya
dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" Subhanallah, betapa Allah itu Mulia dan Baik Hati terhadap kita. Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai
penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai
nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda. Bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.

No comments:

Post a Comment