KUIH BAKAR BOMBAY
1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar
Cara-cara
1. Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit sahaja. Kemudian ditapis airnya dan dicampur bersama santan.
2. Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis adunan.
3. Panaskan oven 180 darjah.
4. Panaskan acuan diatas dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi.Apabila minyak sapi cair, perlahankan sedikit api.
5. Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment