resepi

Ayam Panggang
1 ekor ayam
(bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam –
( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara penyediaan
1.Campur kesemua bahan make-up
dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar
dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan
ayam dan bakar/panggang. Bakar selama
1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam
pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran
rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng,
coleslaw dan kentang putar.
AYAM BAKAR MADU
Bahan-bahannya
4 ekor ayam spring chicken
Bahan untuk dikisar
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Cara-caranya
Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam. Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment